Posts

Pengalaman Mengambil STPM (Batch 2020)

     Selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2018, aku menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Pada waktu itu, aku tidak tahu sama ada  untuk menyambung pelajaran sama ada di peringkat diploma atau Stpm. Aku tidak tahu nak belajar bidang apa dalam diploma walaupun aku sanggup menemani kawan aku selama 3 jam kerana ingin membeli number pin di BSN untuk diisikan dalam UPU Online. Keputusan SPM aku tidaklah seberapa bagus dan tidaklah begitu teruk. Aku mendapat 4A iaitu 2 A+ bagi matapelajaran Sejarah dan Sains manakala 2A- untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.     Nak dipendekkan cerita, masa berlalu dengan cepat. Pada bulan April 2019, tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu hari pendaftaran dan orientasi bagi pelajar-pelajar yang mengambil STPM. Jiran sebelah rumah aku  juga sebaya umur dengan aku dan dia juga mengambil STPM kerana dia terlupa untuk menggunakan number pin yang dibelinya di BSN sehingga tam...
Recent posts