Selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia 2018, aku menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Pada waktu itu, aku tidak tahu sama ada untuk menyambung pelajaran sama ada di peringkat diploma atau Stpm. Aku tidak tahu nak belajar bidang apa dalam diploma walaupun aku sanggup menemani kawan aku selama 3 jam kerana ingin membeli number pin di BSN untuk diisikan dalam UPU Online. Keputusan SPM aku tidaklah seberapa bagus dan tidaklah begitu teruk. Aku mendapat 4A iaitu 2 A+ bagi matapelajaran Sejarah dan Sains manakala 2A- untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Nak dipendekkan cerita, masa berlalu dengan cepat. Pada bulan April 2019, tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu hari pendaftaran dan orientasi bagi pelajar-pelajar yang mengambil STPM. Jiran sebelah rumah aku juga sebaya umur dengan aku dan dia juga mengambil STPM kerana dia terlupa untuk menggunakan number pin yang dibelinya di BSN sehingga tamat tempoh untuk diisikan di dalam UPU. Yang tu memang kelakar sebab dia dah beli dan tunggu giliran lama sebab ramai orang dekat BSN. Tengok2 mcm ni jadinya hahaha. Lupa nak beritahu, masa ni kitaorang tak tahu yang boleh beli number Pin melalui ATM. Maklumlah budak mentah lagi hahaha.
Pada hari pertama minggu orientasi, aku dan rakan-rakan yang lain duduk di dewan sekolah untuk mendengar taklimat dari guru-guru tingkatan 6. Ayat yang selalu kitaorang dengar dan ingat sampai la habis tingkatan 6 ialah "Bila awak masuk tingkatan 6 ni, awak dah selangkah masuk ke universiti, tinggal 1 kaki lagi awak nak bawak ke universiti iaitu dengan berjaya di tingkatan 6". Hari esoknya, kami dibawa oleh senior-senior kami untuk mengenali kawasan sekolah dan kelas kami. Suasananya adalah sama seperti sekolah menengah cuma yang beza adalah pakaian yang lebih formal seperti penjawat awam dan pelajar-pelajar dibolehkan untuk membawa telefon dan laptop untuk digunakan sewaktu PDPR bagi mencari maklumat dan melakukan kerja atau tugasan yang diberikan.
Pada waktu itu, rakan-rakan yang aku kenal sewaktu di Sekolah Menengah yang menyambung STPM hanyalah beberapa orang iaitu tidak lebih 10 orang sahaja yang aku kenal di sekolah lama dan ada yang tidak berjaya menamatkan STPM kerana atas faktor-faktor tertentu. Ada seorang kawan ni, dia cakap dekat aku dia akan stay STPM, tengok2 lepas habis minggu orientasi dia tak datang dan akhirnya dia cakap dia berhenti form 6 kerana menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran. Tinggal aku seorang walaupun aku dan dia telah berbincang untuk mengambil subjek yang sama huhuhu. Jiran rumah aku ni pun dah cakap dekat aku yang dia pun akan ambil sama subjek dengan aku iaitu subjek Sejarah. Tengok2 dia pun follow kawan dia yang lain ambil subjek lain iaitu Geografi. Untuk pengetahuan semua orang, sekolah kami telah menetapkan pakej-pakej subjek yang tertentu seperti Sejarah/ Geografi. Oleh sebab inilah, aku tidak sama kelas dengan jiran aku hahaha tapi kelas kitoarng dekat je iaitu face to face.
Aku mengambil subjek susah jugaklah, aku ingat lagi pada hari memilih subjek atau pakej, aku dan kawan aku yang berhenti form 6 tu kitaorng fly hahahaha. Kami perlu pergi ke bilik atau tempat yang dikhaskan untuk mendengar penerangan bagi subjek yang ingin diambil. Aku dan kawan aku masuk lambat dan tidak fokus ketika cikgu memberi penerangan. Teruk kan kitaorng hahahaha. Aku ingatkan Sejarah STPM ni ada bulat-bulat atau objektif... Rupa-rupanya mcm kertas 3 SPM tapi tak adalah panjang sangat cuma kena buat esei. Matapelajaran Pengajian Perniagaan pun aku ingat seperti matapelajaran Perniagaan ketika SPM tetapi ia adalah berbeza.
Aku mengambil 4 matapelajaran iaitu Pengajian AM, ( Subjek ini wajib diambil oleh semua pelajar STPM dan calon wajib lulus C+ keatas untuk memasuki Universiti Awam) , Sejarah, Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan. Muet juga kami diwajibkan ambil untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sebelum wabak Covid-19 menjadi isu yang besar, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah Night Dinner di resort, Beach Cleaning dengan pelbagai pihak dan sukan sekolah. Selepas wabak ini menjadi teruk, pelbagai aktiviti tidak dapat dijalankan dan kami hanya fokus belajar online dan di kelas. Tempoh pengajian Stpm kami yang sepatutnya habis pada tahun 2020 terpaksa dipanjangkan sehingga tahun 2021. Kami menggelarkan batch STPM kami iaitu STPM 3 TAHUN. Kami habis pada bulan April 2021.
Sepanjang aku mengambil STPM, aku tak pernah naik pentas dan pernah repeat semua subjek. Semasa sem 1, aku repeat 3 subjek iaitu PA, SEJ dan PP mana kala sem 2 pula semua subjek. Nak tak nak memang kena pandai bahagi masa untuk mengulang kaji balik sem yang lepas sebab waktu repeat ialah sebelum peperiksaan sem 3. Contoh pada waktu aku ambil stpm ni , kitaorng akan menduduki peperiksaan ulangan sem 2 dahulu kemudian peperiksaan ulangan sem 1, akhirnya barulah peperiksaan sem 3 yang tiada ulangan dan hanya sekali sahaja. Jika kita repeat, markah atau gred yang tertinggi akan diambil kira dan ia adalah tidak rugi untuk repeat sebab kita tidak tahu sama ada soalan repeat adalah lebih senang dari soalan dahulu.Berdasarkan pengalaman aku, soalan ulangan atau repeat adalah lebih senang dan kita mempunyai pengalaman kerana pernah menjawab tentang sem itu, cuma yang membezakan sama ada kita berusaha mengulang kaji bagi subjek yang kita repeat itu. Lupa nak beritahu, untuk repeat kita perlu membayar RM 50 untuk sebuah subjek. Boleh beli number pin di ATM BSN.
Selepas keputusan keseluruhan STPM 2020 diumumkan,Alhamdulillah target aku telah tercapai iaitu mendapat pointer 3.00 lebih. Aku mendapat pointer 3.33 bagi pointer CGPA keseluruhan. Aku tak nafikan STPM adalah sukar tetapi semuanya akan menjadi senang jika kita rajin. Tak pandai tak apa, yang penting rajin tanya cikgu dan buat latihan. Kepada adik-adik yang ingin menyambung pelajaran di peringkat STPM, janganlah takut dengan STPM dan dengar cakap orang tentang Form 6. Belajar di mana-mana adalah sama juga, ada senang dan susah. Semoga penulisan ini, mampu memberi semangat kepada adik-adik untuk belajar dan berusaha dengan rajin untuk berjaya dalam pelajaran terutamanya dalam STPM.
Kepada sesiapa yang ingin bertanya soalan, boleh komen di bahagian komen. Semoga penulisan ini memberikan manfaat kepada pembaca InsyaAllah. Assalamualaikum..
Wehhhhh rinduuu hmmm thoyyib eyo thoyyib !
ReplyDeleteItulh rindu kan masa ni Anida 😭😭 huhuhu
DeleteJiran dia memang xleh bawak bincang blur dia
ReplyDeleteHahahahaha aq xkata apa rk buk 😂😂
Deletebaik siak
ReplyDeleteMantap eyo, rindu rasa
ReplyDeletekenapa takde saya dalam tu hmm
ReplyDeleteSaya otw masuk f6, takut jdi loner je HAHAHAHA
ReplyDeleteSorry lambat balas, macam mana ok ke Form 6?
Deletemenarik, saya baru sem 1 , harap dapat bertahan sampai sem 3, salam dari smk tok sera hehe
ReplyDeleteInsyaAllah boleh tu All the best !!! Saya bulan 10 ni tengah intern untuk degree
Delete